Tuesday, 24 March 2015

Cara mengetahui Asbabun Nuzul

Soalan    : Ustaz ASA, macam mana cara mengetahui Asbabun Nuzul ?
Jawapan : Ianya boleh di kelaskan menjadi dua,

Ø  Mestilah riwayat yang sahih dan pendengaran.

Ø  Tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat.

Soalan    : Ustaz ASA, Bolehkah terangkan secara terperinci cara mengetahui             Asababun Nuzul ?
Jawapan : Boleh,

Untuk mengetahui Sebab Nuzul tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat, iaitu Bi al-Ra’yi ((بالرأى, tetapi mestilah dengan riwayat yang sahih dan pendengaran, juga hendaklah mereka itu menyaksikan sendiri ayat itu diturunkan atau pun mereka yang mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji tentangnya terdiri daripada sahabat, tabi’in dan mereka yang bertukus-lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri daripada kalangan ulama yang dipercayai.

Untuk itu, ulama Salaf dan ahli Tafsir begitu teliti dan sangat berhati-hati dalam perkara ini, di mana ulama mengetahui Asbab Nuzul dan perkara yang berkaitan dengan sebab penurunan al-Quran dengan melalui riwayat para Tabi’in dan para sahabat atau juga melalui riwayat yang secara sah berasal daripada Nabi.

Apa yang jelas dan pastinya, walaupun dalam setengah keadaan, ulama mengetahui Asbab Nuzul dengan berdasarkan riwayat daripada tabi’in dan sahabat, namun riwayat yang diterima itu bukanlah sebagai pendapat biasa, tetapi ia merupakan riwayat yang marfu’, iaitu riwayat yang berdasarkan kepada Nabi, maka ia dapat diterima sebagai riwayat yang sahih.

Berkaitan dengan pentingnya riwayat yang sah bersandarkan kepada Nabi atau riwayat yang marfu’ itu, adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hal tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh al-wahidi: Adalah tidak sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan bersandarkan kepada riwayat yang sah ataupun dengan mendengar sendiri secara langsung daripada mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menelitinya.

Soalan     : Ustaz ASA ada metodologi tentang ulama salaf ?
Jawapan : Ada, Ini metodologi ulama salaf. Meraka amat berhati-hati mengatakan sesuatu mengenai asbab an nuzul, tanpa pengetahuan yang jelas.

Muhammad bin Sirin mengatakan, “Ketika kutanyakan kepada Ubaidah mengenai satu Al-Quran, dia menjawab, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah benar. Orang-orang yang mengetahui apa Al-Quran itu diturunkan telah meninggal semua.”

Kita tidak dapat memahami maksud sebenarnya kalau hanya berdasarkan kepada zahir ayat. Hanya dengan melihat kepada Asbaabun Nuzul barulah kita tahu apa sebenarnya.



Ertinya :
“Dan Allah jus yang memiliki timur dan barat. Maka ke mana sahaja kamu arahkan  dirimu (kiblat sembayang) maka di situlah arah yang diredai Allah.”
(Surah al-Baqarah : 115)

Ulama salaf begitu teliti untuk memperkatakan atau mengeluarkan pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan riwayat dan pengetahuan yang jelas. Hal tersebut dapat dilihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad ibn sirin seorang tokoh ulama besar dari kalangan tabi’in yang meninggal dunia pada tahun 110 H. Beliau berkata: Ketika aku bertanyakan kepada ‘Ubaidah mengenai sebuah ayat al-Quran, maka ‘Ubaidah menjawab: Bertaqwalah kepada Allah, dan berkatalah yang benar. Di mana mereka yang mengetahui tentang al-Quran itu diturunkan semuanya telah meninggal dunia.

Daripada kata-kata ‘Ubaidah tersebut menjelaskan tentang para sahabat yang arif dan mengetahui berkaitan dengan al-Quran dan Asbab Nuzul semuanya telah meninggal dunia, antara lain para sahabat sahaja yang memang mengikut berkaitan dengan Asbab Nuzul. Dari situ juga kita fahmi bahawa pendapat Asbab Nuzul adalah riwayat yang dijadikan pegangan berkaitan dengan Asbab Nuzul adalah riwayat dan ucapan para sahabat yang secara pastinya menunjukkan kepada Asbab Nuzul.

Kita mengkaji sebab turun ayat (Asbaabun Nuzul) baru kita faham bahawa ayat itu diturunkan bagi orang musafir yang hilang arah kiblat.


Ertinya :
“Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada apa yang mereka makan dahulu apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.”
(Surah al-Maidah : 93)

Keadaan lain, Imam al-Suyuti berpendapat bahawa pendapat dan riwayat daripada Tabi’in juga boleh diterima apabila pendapat dan riwayat itu jelas menujukkan Asbab Nuzul, walaupun riwayat itu adalah bertaraf Mursal atau Hadis Mursal. Hal tersebut kerana Imam al-Suyuti berhujah di mana Tabu’in juga merupakan kalangan mereka yang thiqah dan tergolong daripada kalangan mereka yang menerima riwayat daripada para sahabat dan dikenali umum sebagai orang yang teliti dan ahliTafsir. Selain daripada itu tidak mungkin dan tidak munasabah ulama tabi’in yang begitu warak, bertaqwa dan berilmu serta dikenali sebagai orang yang thiqah sanggup melakukan pendustaan terhadap Nabi atau al-Quran. Contohnya antara mereka dari kalangan tabi’in ialah: Mujahid, ‘Ikrimah dan Sa’id Ibn Jubair.

1 comment: