Soalan : Ustaz ASA, berapakah pembahagian asbabun nuzul?
Jawapan : Secara umumnya, pembahagian
asbabun nuzul dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :
1. Penurunan Al-Quran tanpa sebab
2. Penurunan Al-Quran dengan sebab
Penurunan Al-Quran Tanpa Sebab
Wahyu dan Al-Quran jenis
ini diturunkan untuk memberi maklumat tambahan, penjelasan yang kurang serta
membetulkan kesilapan. Contoh-contoh wahyu dan tujuan-tujuan penurunan sesuatu
ayat adalah seperti berikut :
1) Memberi panduan ke jalan yang benar
- Surah Ar-Rum (30 : 30)
فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي
فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ
الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)
Maksudnya,
“(Setelah jelas kesyirikan itu), maka hadapkanlah
dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad)
ke arah agama yang jauh dari kesesatan, (turutlah
terus) agama Allah iaitu agama yang Allah ciptakan menjadi fitrah semulajadi kepada manusia untuk menerimanya. Tidak ada sama sekali
perubahan pada ciptaan Allah.
Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia
tidak mengetahuinya”
(Surah Ar-Rum ayat 30)
2) Menceritakan tentang keadaan umat terdahulu
-
Surah Yusuf (12 : 3)
نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا
إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآَنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ (3)
Maksudnya, “Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad seindah-indah kisah
dengan dengan jalan kami wahyukan Al-Quran ini dan sekalipun engkau (wahai
Muhammad) sebelum datangnya wahyu itu tidak menyedarinya”
(Surah
Yusuf ayat 3)
Penurunan Al-Quran
Dengan Sebab
- Di antara contoh-contoh dan tujuan penurunan Al-Quran dengan bersebab ialah
:
1) Menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan
-
Surah An-Nisa’ (4 : 43)
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ
وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ (43)
Maksudnya, “wahai orang-orang
yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu
dalam keadaan mabuk hingga kamu sedar dan mengerti apa yang kamu katakan...”
(Surah An-Nisa’ ayat 43)
-
Ayat tersebut turun disebabkan ada
sahabat yang solat dalam keadaan mabuk menyebabkan beliau tersilap ketika
membaca Surah Al-Kafirun.
2)
Menjawab pertanyaan yang diajukan
kepada baginda
-
Surah Al-Kahfi (18 : 83)
وَيَسْأَلُونَكَ
عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا (83)
Maksudnya,
“Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad
tentang Zulqarnain. Katakanlah aku akan membacakan
kepada kamu (wahyu daripada Allah) yang
menerangkan sedikit tentang perihalnya”
(Surah Al-Kahfi ayat 83)
Bahagian-Bahagian Penurunan Al-Quran
Dengan Sebab
- Ayat- ayat yang mempunyai sebab nuzul ini dapat dikelaskan kepada :
a)
Satu ayat satu sebab
nuzul.
b)
Satu ayat beberapa sebab
nuzul
c)
Satu sebab nuzul untuk
banyak ayat.
a) Satu Ayat Satu Sebab Nuzul
- Ia membawa maksud penurunan satu ayat untuk satu sebab nuzul. Hal ini
berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan
riwayat sebab nuzul yang jelas, tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya
dengan asbabun nuzul yang lain.
- Contoh Surah Al-Masad (111 : 1 - 5)
تَبَّتْ
يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2)
سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (4) فِي
جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5)
Maksudnya, “Binasalah kedua-tua
belah tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama hartanya dan segala apa yang
diusahakannya tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka
yang marak menjulang dan juga isterinya seorang pemikul kayu api. Di lehernya
sejenis tali dari tali-tali yang dipintal.
(Surah Al-Masad ayat 1- 5)
- Ayat tersebut diturunkan untuk
membalas celaan serta mencela Abu Lahab yang mencaci dan mencela nabi. Riwayat
yang berkaitan dengan sebab nuzul ayat itu adalah jelas.
b) Satu Ayat Untuk Beberapa Sebab Nuzul
Ini bermaksud terdapat
beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat. Dalam hubungan inilah
ayat-ayat al quran yang ada sebab turunnya, didapati sebahagian daripadanya
dikatakan turunnya disebabkan lebih daripada satu sebab , Walaupun pada sesetengah
keadaan sebab yang diterima hanya satu sahaja. Bagi menyelesaikan masalah ini
ulama akan membuat pertimbangan dengan salah satu daripada perkara-perkara
berikut :
Apabila
riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang sebab nuzul, namun penilaian
akan dibuat berdasarkan sanad yang sahih, iaitu apabila didapati salah satu
daripada dua riwayat adalah nyata dan jelas sahih , dan satu riwayat lagi
didapati jelas tidak sahih atau tidak munasabah. Maka riwayat yang sahih itu
akan diterima sebagai sebab sebenar turunnya ayat.
Sekiranya
kedua-dua riwayat yang diterima adalah sahih, namun antara keduanya masih boleh
ditarjihkan disebabkan salah satu daripada keduanya lebih sahih atau disebabkan
perawi daripada salah satu riwayar tersebut telah melihat sendiri kejadian
tersebut, maka riwayat itulah yang seharusnya diterima sebagai asbabun nuzul.
Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih
dan antara keduanya tidak dapat
ditarjihkan antara satu sama lain, maka
hendaklah diterima kedua-duanya sebagai sebab nuzul
atas alasan ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-duanya peristiwa dan dalam tempoh waktu yang berhampiran.
Sekiranya kedua-dua
riwayat yang dinyatakan sama-sama
sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan jarak dan tempoh waktu berlaku
peristiwa antara keduanya yang jauh. Maka
dalam konteks ini kita hendaklah membuat
tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan berulang
kali.
Apabila kedua-dua riwayat atau ungkapan
atau lafaz tidak tegas, Contohnya perawi berkata: ayat ini
diturunkan mengenai hal ini, atau
perawi berkata : aku mengira ayat ini diturunkan
mengenai hal ini, maka dalam hal seperti ini, tidak
ada sebarang percanggahan di antara riwayat-riwayat tersebut. Kerana sebab atau maksud riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan. Ia bukan menyatakan
tentang sebab nuzul, kecualilah
jika terdapat qarinah dalam salah satu riwayat
tersebut yang membawa maksud penjelasan tentang sebab nuzul.
Apabila
salah satu daripada ungkapan riwayat tersebut tidak tegas,
contohnya perawi berkata : Ayat ini diturunkan mengenai hal ini. Manakala
perawi yang lain pula menyatakan sebab nuzul dengan tegas. Maka yang menjadi
pegangan adalah riwayat tang menyatakan sebab nuzul yang tegas.
c) Satu Sebab Nuzul Untuk Banyak Ayat
- Kadang kala terdapat satu kejadian yang menyebabkan wahyu turun dua kali
atau lebih, ulama menyebut situasi ini dengan istilah turun beberapa wahyu
dengan sebab yang satu. Ini menunjukkan permasalahan itu penting.
- Contohnya :
1)
Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim katanya :
رَسُولَ الله، لا اَسْمَعُ ذِكْرَ النِّسَاء فِي
الْهِجْرَة بِشَيْءٍ فَأَنْزَلَ الله :يا
Maksudnya, “
Wahai Rasulullah, saya tidak pernah mendengar
Allah menyebut tentang orang perempuan sedikitpun
mengenai hijrah. Maka Allah menurunkan Surah Ali-Imran
ayat 195 :
فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ
مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى..... (195)
Maksudnya, “Maka tuhan mereka
memperkenankan permohonan mereka
(dengan firman-Nya), sesungguhnya Aku
tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal
di antara kamu samada lelaki atau perempuan..
(Surah Ali-Imran ayat 195)
2)
Hadis daripada Ummu Salamah yang
diriwayatkan oleh Al-Hakim katanya, aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w :
يَا رَسْوَلَ الله، تَذْكُرُ
الرِّجَال وَلاَ تَذْكُرُ النِّسَاء، فَأَنْزَلَ الله :
Maksudnya, “Wahai Rasulullah, engkau menyebut para
lelaki dan tidak pernah menyebut para perempuan. Maka Allah menurunkan Surah
An-Nisa’ ayat 32. Firman Allah :
وَلَا
تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ.... (32)
Maksudnya, “Dan janganlah kamu terharap-harap ingin
mendapat akan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian kamu
untuk menjadikan mereka melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda,
ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)..
(Surah An-Nisa’ ayat 32)
-
Allah juga telah
menurunkan Surah Al-Ahzab ayat
35 sebagaimana firman-Nya :
إِنَّ
الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ
وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ ..... (35)
Maksudnya, “sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam
dan bukan Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan
yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang
taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar…
(Surah
Al-Ahzab ayat 35)
-
Ketiga-tiga ayat
tersebut diturunkan dengan satu sebab sahaja
No comments:
Post a Comment