Soalan : Ustaz ASA, apakah riwayat
dan ungkapan sebab nuzul?
Jawapan : Tinjau kepada ungkapan
yang menerangkan Sebab Nuzul, kita dapati ia adalah dalam dua bentuk
atau keadaan, iaitu :
Dimana ia kadang kala dalam bentuk
pernyataan yang tegas mengenai sebabnya. Bentuk ini dapat lihat antara
contohnya ialah perawi berkata :
v Sebab Nuzul ayat ini adalah begini
( سبب
النزول ھذه الآية كذا (
v Ungkapan yang menunjukan urutan peristiwa selepas disebutkan
peristiwa atau pertanyaan, seperti: Menggunakan huruf Fa al-Ta’qibiah, ((ف التعقيبية, iaitu bermaksud maka, yang mana ia
dirangkaikan dengan lafaz ‘Turunlah ayat’. Contohnya ialah: ( (فنزلت
ھذه الآية Maka diturunkan ayat ini. Antara contoh bentuk ini ialah: Rasulullah
telah ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah ayat ini (أن يسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن شيء فنزلت ھذه الآية (.
Kedua-dua bentuk seperti tersebut di
atas adalah dalam bentuk pernyataan yang jelas dan tegas tentang sebab. Antara dalil
ialah :
Isteri-isterimu
adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat
bercucuk tanaman itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang
baik) untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu
akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah : 223)
Soalan : Ustaz ASA terangkan
yang lain, riwayat dan ungkapan sebab nuzul?
Jawapan : Begini,
Dalam keadaan yang lain yang mana kadang-kadang tidak dalam bentuk
pernyataan yang tegas yang membawa maksud ungkapan yang mana kemungkinan
atau boleh jadi menerangkan tentang sebab nuzul atau juga
hanya sekadar menjelaskan tentang isi kandungan ayat. Di dalam konteks
yang lain boleh dibahagikan kepada dua iaitu:
·
Ungkapan tersebut juga kadang kala merupakan sebab nuzul
·
Ungkapan kandungan hukum ayat tersebut.
Contohnya ialah:
a.
Perawi berkata : Ayat ini diturunkan mengenai hal ini (نزلت ھذه الآية فى كذا).
b.
Perawi berkata: Aku kira ayat ini diturunkan mengenai perkara ini (حسب ھذه الآية نزلت ﺇلا فى كذا)
c.
Perawi berkata : Aku tidak menyangka atau tidak mengira ayat ini
diturunkan, kecuali mengenai perkara ini (ما أحسب ھذه
الآية نزلت ﺇلا فى كذا)
Berdasarkan ungkapan atau lafaz tersebut, perawi tidak dapat memastikan
atau tidak dapat menentukan tentang sebab penurunan ayat kerana ungkapan itu
berkemungkinan menunjukkan sebab nuzul dan kemungkinan juga menunjukkan hal
lain.
apakah contoh ayat yang mengandungi sighah yang tidak tegas ini?
ReplyDelete