Wednesday 25 March 2015

Faedah-faedah mempelajari asbabun nuzul

Sheikh Ibnu Taimiyah berkata bahawa mengetahui asbabun nuzul akan
membantu untuk memahami ayat Al Quran , kerana ilmu tentang asbabun nuzul
akan membawa kepada ilmu musabab. Apakah faedah-faedah yang bakal kita perolehi jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul mari kita sama-sama mempelajari apakah faedah-faedah mempelajari ilmu asbabun nuzul ini.

Soalan   : Apakah jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul ini kita dapat memahami ayat Al quran dengan sebaiknya?

Jawapan  : Ya, memahami ilmu asbabun nuzul dapat memahami ayat Alquran. Contoh yang boleh diambil adalah berdasarkan cerita oleh Marwan Ibnu Hakam yang mengalami kesulitan untuk memahami makna firman Allah:





                                                                                      (Surah Ali Imran 3:188)


Yang bermaksud : “Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”

Bagi memahami ayat ini pembelajaran tentang ilmu nuzul quran menjadi bantuan bagi mentafsir ayat ini. Ayat tersebut turun sehubungan dengan persoalan Ahli Kitab (Yahudi) tatkala ditanya sesuatu persoalan di mana mereka tidak menjawab pertanyaan yang sebenarnya di tanyakan ,mereka mengalihkan kepada persoalan yang lain serta menggangap bahawa persoalan yang di tanyakan oleh nabi sudah terjawab . Setelah itu mereka meminta pujian kepada nabi maka turunlah ayat ini(HR Bukhari Muslim).

Dalam riwayat lain ada dikemukan bahawa Rasulullah pergi berjihad, tinggallah beberapa orang munafik yang tidak turut serta dalam jihad tersebut dan mereka gembira kerana dapat melakukan pekerjaan mereka seharian akan tetapi apabila Rasulullah telah kembali dan membawa khabar gembira mereka meminta maaf dengan memberikan pelbagai alasan sambil bersumpah dengan harapan perbuatan mereka itu terpuji walaupun tidak turut serta dalam jihad tersebut.

Soalan  : Adakah dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul kita dapat menafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang benar?

            Jawapan : Ya, mempelajari ilmu asbabun nuzul dapat menafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang benar. Hal ini berdasarkan Surah An Nisa (4:43)




Maksud :”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun

Turun disebabkan ada sahabat yang salah membaca Surah Al Kafirun ketika solat kerana berada dalam keadaan mabuk.

Soalan  : Dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul kita dapat mengetahui dengan jelas siapa dan apa sebab sebenar turunnya ayat. Jika ya, tunjukkan ayat tersebut?

Jawapan : Ya, ini dalilnya,



                                                                               Surah Al Ahqaaf (46: 17)

Yang bermaksud : “ Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala !

Turun disebabkan oleh Abdur Rahman bin Abi Bakar as Siddiqi yang ucap perkataan “ah” kepada ibu bapa yang Islam ketika menyuruh beliau untuk masuk Islam. Akan tetapi beliau melawan malahan menipu dengan mengatakan tokoh-tokoh Quraisy sudah mati tetapi tidak ada yg masuk Islam. Pada ayat yang ke 19 Surah Al Ahkaaf ini Allah telah menyatakan bahawa taubat Abdur Rahman telah diterima. Tidak lama selepas itu Abdur Rahman tergolong dalam di dalam tokoh Islam yang ternama.

Soalan   : Adakah kita dapat memahami makna syarat di dalam sesuatu ayat yang diturunkan jika kita memepelajari ilmu asbanun nuzul?

            Jawapan  : Ya, kita dapat memahami makna syarat di dalam sesuatu ayat jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul ini. Contoh dalil adalah seperti yang berikut



                                                                                  Surah At-Thalaq (65:4)

Maksudnya :”Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus dari 
kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka
Iddahnya ialah 3 bulan dan (demikian juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan –perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga Mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah),sesiapa yang bertakwa kepada Allah ,nescaya Allah memudahkannya segala urusan.

 Sebelum turunnya ayat ini,golongan zhahiriah tidak tahu adalah perlu iddah bagi wanita yang kecil (yang belum haid) dan wanita yang tiada haid lagi. Maka, turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa waktu iddah bagi mereka ialah tiga bulan dan bagi yang hamil sehingga telah melahirkan anak. Sebelum ayat ini diturunkan ada firman Allah dalam surah Al Baqarah 2: (226-237) yang menceritakan tentang iddah bagi wanita bagi selain yang tertera di dalam ayat di atas.

Soalan: Bagaimanakah dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul dapat memudahkan para penghafaz Al Quran untuk menghafaz Al Quran?

Jawapan : Memperkuat keberadaan wahyu dalam ingatan orang yang mendengarnya jika ia mengetahui sebab turunnya, sebab pertalian antara sebab dan musabbab, hukum dan peristiwanya, peristiwa dan pelaku, masa dan tempatnya, semua ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan mantapnya dan terlukisnya sesuatu dalam ingatan 

No comments:

Post a Comment