Wednesday, 25 March 2015

Faedah-faedah mempelajari asbabun nuzul

Sheikh Ibnu Taimiyah berkata bahawa mengetahui asbabun nuzul akan
membantu untuk memahami ayat Al Quran , kerana ilmu tentang asbabun nuzul
akan membawa kepada ilmu musabab. Apakah faedah-faedah yang bakal kita perolehi jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul mari kita sama-sama mempelajari apakah faedah-faedah mempelajari ilmu asbabun nuzul ini.

Soalan   : Apakah jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul ini kita dapat memahami ayat Al quran dengan sebaiknya?

Jawapan  : Ya, memahami ilmu asbabun nuzul dapat memahami ayat Alquran. Contoh yang boleh diambil adalah berdasarkan cerita oleh Marwan Ibnu Hakam yang mengalami kesulitan untuk memahami makna firman Allah:





                                                                                      (Surah Ali Imran 3:188)


Yang bermaksud : “Jangan sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak terperi sakitnya”

Bagi memahami ayat ini pembelajaran tentang ilmu nuzul quran menjadi bantuan bagi mentafsir ayat ini. Ayat tersebut turun sehubungan dengan persoalan Ahli Kitab (Yahudi) tatkala ditanya sesuatu persoalan di mana mereka tidak menjawab pertanyaan yang sebenarnya di tanyakan ,mereka mengalihkan kepada persoalan yang lain serta menggangap bahawa persoalan yang di tanyakan oleh nabi sudah terjawab . Setelah itu mereka meminta pujian kepada nabi maka turunlah ayat ini(HR Bukhari Muslim).

Dalam riwayat lain ada dikemukan bahawa Rasulullah pergi berjihad, tinggallah beberapa orang munafik yang tidak turut serta dalam jihad tersebut dan mereka gembira kerana dapat melakukan pekerjaan mereka seharian akan tetapi apabila Rasulullah telah kembali dan membawa khabar gembira mereka meminta maaf dengan memberikan pelbagai alasan sambil bersumpah dengan harapan perbuatan mereka itu terpuji walaupun tidak turut serta dalam jihad tersebut.

Soalan  : Adakah dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul kita dapat menafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang benar?

            Jawapan : Ya, mempelajari ilmu asbabun nuzul dapat menafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang benar. Hal ini berdasarkan Surah An Nisa (4:43)




Maksud :”Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun

Turun disebabkan ada sahabat yang salah membaca Surah Al Kafirun ketika solat kerana berada dalam keadaan mabuk.

Soalan  : Dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul kita dapat mengetahui dengan jelas siapa dan apa sebab sebenar turunnya ayat. Jika ya, tunjukkan ayat tersebut?

Jawapan : Ya, ini dalilnya,



                                                                               Surah Al Ahqaaf (46: 17)

Yang bermaksud : “ Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu (masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu! Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala !

Turun disebabkan oleh Abdur Rahman bin Abi Bakar as Siddiqi yang ucap perkataan “ah” kepada ibu bapa yang Islam ketika menyuruh beliau untuk masuk Islam. Akan tetapi beliau melawan malahan menipu dengan mengatakan tokoh-tokoh Quraisy sudah mati tetapi tidak ada yg masuk Islam. Pada ayat yang ke 19 Surah Al Ahkaaf ini Allah telah menyatakan bahawa taubat Abdur Rahman telah diterima. Tidak lama selepas itu Abdur Rahman tergolong dalam di dalam tokoh Islam yang ternama.

Soalan   : Adakah kita dapat memahami makna syarat di dalam sesuatu ayat yang diturunkan jika kita memepelajari ilmu asbanun nuzul?

            Jawapan  : Ya, kita dapat memahami makna syarat di dalam sesuatu ayat jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul ini. Contoh dalil adalah seperti yang berikut



                                                                                  Surah At-Thalaq (65:4)

Maksudnya :”Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus dari 
kedatangan haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka
Iddahnya ialah 3 bulan dan (demikian juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan perempuan –perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga Mereka melahirkan anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah),sesiapa yang bertakwa kepada Allah ,nescaya Allah memudahkannya segala urusan.

 Sebelum turunnya ayat ini,golongan zhahiriah tidak tahu adalah perlu iddah bagi wanita yang kecil (yang belum haid) dan wanita yang tiada haid lagi. Maka, turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa waktu iddah bagi mereka ialah tiga bulan dan bagi yang hamil sehingga telah melahirkan anak. Sebelum ayat ini diturunkan ada firman Allah dalam surah Al Baqarah 2: (226-237) yang menceritakan tentang iddah bagi wanita bagi selain yang tertera di dalam ayat di atas.

Soalan: Bagaimanakah dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul dapat memudahkan para penghafaz Al Quran untuk menghafaz Al Quran?

Jawapan : Memperkuat keberadaan wahyu dalam ingatan orang yang mendengarnya jika ia mengetahui sebab turunnya, sebab pertalian antara sebab dan musabbab, hukum dan peristiwanya, peristiwa dan pelaku, masa dan tempatnya, semua ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan mantapnya dan terlukisnya sesuatu dalam ingatan 

Pembahagian Nuzul Al-Quran

Soalan       :   Ustaz ASA, berapakah pembahagian asbabun nuzul?
Jawapan : Secara umumnya, pembahagian asbabun nuzul dapat dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

1.   Penurunan Al-Quran tanpa sebab
2.   Penurunan Al-Quran dengan sebab


Penurunan Al-Quran Tanpa Sebab

          Wahyu dan Al-Quran jenis ini diturunkan untuk memberi maklumat tambahan, penjelasan yang kurang serta membetulkan kesilapan. Contoh-contoh wahyu dan tujuan-tujuan penurunan sesuatu ayat adalah seperti berikut :

1)   Memberi panduan ke jalan yang benar

-      Surah Ar-Rum (30 : 30)

فَأَقِمْ وَجْهَكَ لِلدِّينِ حَنِيفًا فِطْرَةَ اللَّهِ الَّتِي فَطَرَ النَّاسَ عَلَيْهَا لَا تَبْدِيلَ لِخَلْقِ اللَّهِ ذَلِكَ الدِّينُ الْقَيِّمُ وَلَكِنَّ أَكْثَرَ النَّاسِ لَا يَعْلَمُونَ (30)

          Maksudnya, “(Setelah jelas kesyirikan itu), maka   hadapkanlah dirimu (engkau dan pengikutmu wahai Muhammad) ke arah agama yang jauh dari kesesatan, (turutlah terus) agama Allah iaitu agama yang Allah ciptakan menjadi fitrah semulajadi kepada manusia untuk menerimanya. Tidak ada sama sekali perubahan pada ciptaan Allah. Itulah agama yang lurus, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahuinya”

                                                                    (Surah Ar-Rum ayat 30)





2)   Menceritakan tentang keadaan umat terdahulu
      
-      Surah Yusuf (12 : 3)

نَحْنُ نَقُصُّ عَلَيْكَ أَحْسَنَ الْقَصَصِ بِمَا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ هَذَا الْقُرْآَنَ وَإِنْ كُنْتَ مِنْ قَبْلِهِ لَمِنَ الْغَافِلِينَ (3)

Maksudnya, “Kami ceritakan kepadamu wahai Muhammad seindah-indah kisah dengan dengan jalan kami wahyukan Al-Quran ini dan sekalipun engkau (wahai Muhammad) sebelum datangnya wahyu itu tidak menyedarinya”

                                                                   (Surah Yusuf ayat 3)


Penurunan Al-Quran Dengan Sebab

-      Di antara contoh-contoh dan tujuan penurunan Al-Quran dengan bersebab ialah :

1)   Menjelaskan sesuatu hukum dan membetulkan kesilapan

-               Surah An-Nisa’ (4 : 43)

         
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا لَا تَقْرَبُوا الصَّلَاةَ وَأَنْتُمْ سُكَارَى حَتَّى تَعْلَمُوا مَا تَقُولُونَ (43)

Maksudnya, “wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghampiri solat (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk hingga kamu sedar dan mengerti apa yang kamu katakan...”                                   
                                                             (Surah An-Nisa’ ayat 43)

-      Ayat tersebut turun disebabkan ada sahabat yang solat dalam keadaan mabuk menyebabkan beliau tersilap ketika membaca Surah Al-Kafirun.


2)   Menjawab pertanyaan yang diajukan kepada baginda

-                Surah Al-Kahfi (18 : 83)

وَيَسْأَلُونَكَ عَنْ ذِي الْقَرْنَيْنِ قُلْ سَأَتْلُو عَلَيْكُمْ مِنْهُ ذِكْرًا (83)

                   Maksudnya, “Dan mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad tentang Zulqarnain. Katakanlah aku akan membacakan kepada kamu (wahyu daripada Allah) yang menerangkan sedikit tentang perihalnya”

                                                                       (Surah Al-Kahfi ayat 83)

Bahagian-Bahagian Penurunan Al-Quran Dengan Sebab

-      Ayat- ayat yang mempunyai sebab nuzul ini dapat dikelaskan kepada :

a)           Satu ayat satu sebab nuzul.
b)           Satu ayat beberapa sebab nuzul
c)           Satu sebab nuzul untuk banyak ayat.

a)   Satu Ayat Satu Sebab Nuzul

-    Ia membawa maksud penurunan satu ayat untuk satu sebab nuzul. Hal ini berlaku pada sesetengah ayat yang telah diturunkan dengan pernyataan dan riwayat sebab nuzul yang jelas, tanpa ada banyak riwayat yang menghubungkannya dengan asbabun nuzul yang lain.






-      Contoh Surah Al-Masad (111 : 1 - 5)


تَبَّتْ يَدَا أَبِي لَهَبٍ وَتَبَّ (1) مَا أَغْنَى عَنْهُ مَالُهُ وَمَا كَسَبَ (2) سَيَصْلَى نَارًا ذَاتَ لَهَبٍ (3) وَامْرَأَتُهُ حَمَّالَةَ الْحَطَبِ (4) فِي جِيدِهَا حَبْلٌ مِنْ مَسَدٍ (5)

Maksudnya, “Binasalah kedua-tua belah tangan Abu Lahab dan binasalah ia bersama hartanya dan segala apa yang diusahakannya tidak dapat menolongnya. Ia akan menderita bakaran api neraka yang marak menjulang dan juga isterinya seorang pemikul kayu api. Di lehernya sejenis tali dari tali-tali yang dipintal. 

                                                               (Surah Al-Masad ayat 1- 5)

-      Ayat tersebut diturunkan untuk membalas celaan serta mencela Abu Lahab yang mencaci dan mencela nabi. Riwayat yang berkaitan dengan sebab nuzul ayat itu adalah jelas.


b)  Satu Ayat Untuk Beberapa Sebab Nuzul

          Ini bermaksud terdapat beberapa riwayat mengenai sebab nuzul sesuatu ayat.  Dalam hubungan inilah ayat-ayat al quran yang ada sebab turunnya, didapati sebahagian daripadanya dikatakan turunnya disebabkan lebih daripada satu sebab , Walaupun pada sesetengah keadaan sebab yang diterima hanya satu sahaja. Bagi menyelesaikan masalah ini ulama akan membuat pertimbangan dengan salah satu daripada perkara-perkara berikut :

                   Apabila riwayat itu banyak dan semuanya menegaskan tentang sebab nuzul, namun penilaian akan dibuat berdasarkan sanad yang sahih, iaitu apabila didapati salah satu daripada dua riwayat adalah nyata dan jelas sahih , dan satu riwayat lagi didapati jelas tidak sahih atau tidak munasabah. Maka riwayat yang sahih itu akan diterima sebagai sebab sebenar turunnya ayat.
                  
                   Sekiranya kedua-dua riwayat yang diterima adalah sahih, namun antara keduanya masih boleh ditarjihkan disebabkan salah satu daripada keduanya lebih sahih atau disebabkan perawi daripada salah satu riwayar tersebut telah melihat sendiri kejadian tersebut, maka riwayat itulah yang seharusnya diterima sebagai asbabun nuzul.

                             Sekiranya kedua-dua riwayat adalah sahih dan antara   keduanya tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, maka hendaklah diterima kedua-duanya sebagai sebab nuzul atas alasan ayat tersebut diturunkan selepas terjadinya kedua-duanya peristiwa dan dalam tempoh waktu yang           berhampiran.

                         Sekiranya kedua-dua riwayat yang dinyatakan sama-sama sahih, dan tidak dapat ditarjihkan antara satu sama lain, serta ia juga tidak dapat dikumpulkan serentak disebabkan jarak dan tempoh waktu berlaku peristiwa antara keduanya yang jauh. Maka dalam konteks ini kita hendaklah membuat tanggapan bahawa ayat tersebut diturunkan berulang kali.

                             Apabila kedua-dua riwayat atau ungkapan atau lafaz tidak tegas, Contohnya perawi berkata: ayat ini diturunkan mengenai hal ini, atau perawi berkata : aku mengira ayat ini diturunkan mengenai hal ini, maka dalam hal seperti ini, tidak ada sebarang percanggahan di antara riwayat-riwayat    tersebut. Kerana sebab atau maksud riwayat tersebut adalah sebagai penjelasan. Ia bukan menyatakan tentang sebab nuzul, kecualilah jika terdapat qarinah  dalam salah satu riwayat tersebut yang membawa maksud penjelasan tentang sebab nuzul.

                   Apabila salah satu daripada ungkapan riwayat tersebut tidak tegas, contohnya perawi berkata : Ayat ini diturunkan mengenai hal ini. Manakala perawi yang lain pula menyatakan sebab nuzul dengan tegas. Maka yang menjadi pegangan adalah riwayat tang menyatakan sebab nuzul yang tegas.



c)    Satu Sebab Nuzul Untuk Banyak Ayat

-      Kadang kala terdapat satu kejadian yang menyebabkan wahyu turun dua kali atau lebih, ulama menyebut situasi ini dengan istilah turun beberapa wahyu dengan sebab yang satu. Ini menunjukkan permasalahan itu penting.

-      Contohnya :

1)           Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan  oleh At-Tirmidzi dan Al-Hakim katanya :

 رَسُولَ الله، لا اَسْمَعُ ذِكْرَ النِّسَاء فِي الْهِجْرَة بِشَيْءٍ فَأَنْزَلَ الله :يا

          Maksudnya, “ Wahai Rasulullah, saya tidak pernah mendengar Allah menyebut tentang orang perempuan    sedikitpun mengenai hijrah. Maka Allah menurunkan Surah     Ali-Imran ayat 195 :

فَاسْتَجَابَ لَهُمْ رَبُّهُمْ أَنِّي لَا أُضِيعُ عَمَلَ عَامِلٍ مِنْكُمْ مِنْ ذَكَرٍ أَوْ أُنْثَى..... (195)  

          Maksudnya, “Maka tuhan mereka memperkenankan permohonan mereka (dengan firman-Nya), sesungguhnya Aku tidak akan mensia-siakan amal orang-orang yang beramal di antara kamu samada lelaki atau perempuan..  
                                                                                                            (Surah Ali-Imran ayat 195)

2)           Hadis daripada Ummu Salamah yang diriwayatkan oleh Al-Hakim katanya, aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w :

يَا رَسْوَلَ الله، تَذْكُرُ الرِّجَال وَلاَ تَذْكُرُ النِّسَاء، فَأَنْزَلَ الله :

Maksudnya, “Wahai Rasulullah, engkau menyebut para lelaki dan tidak pernah menyebut para perempuan. Maka Allah menurunkan Surah An-Nisa’ ayat 32. Firman Allah :

وَلَا تَتَمَنَّوْا مَا فَضَّلَ اللَّهُ بِهِ بَعْضَكُمْ عَلَى بَعْضٍ.... (32)

Maksudnya, “Dan janganlah kamu terharap-harap ingin mendapat akan limpah kurnia yang Allah telah berikan kepada sebahagian kamu untuk menjadikan mereka melebihi sebahagian yang lain (tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran)..
                                                   (Surah An-Nisa’ ayat 32)

-               Allah juga telah menurunkan Surah Al-Ahzab ayat 35 sebagaimana firman-Nya :


إِنَّ الْمُسْلِمِينَ وَالْمُسْلِمَاتِ وَالْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ وَالْقَانِتِينَ وَالْقَانِتَاتِ وَالصَّادِقِينَ وَالصَّادِقَاتِ ..... (35)

Maksudnya, “sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam dan bukan Islam dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang beriman dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar…
                                                (Surah Al-Ahzab ayat 35)

-           Ketiga-tiga ayat tersebut diturunkan dengan satu sebab sahaja

Tuesday, 24 March 2015

Riwayat dan Ungkapan Sebab Nuzul

Soalan    : Ustaz ASA, apakah riwayat dan ungkapan sebab nuzul?
Jawapan : Tinjau kepada ungkapan yang menerangkan Sebab Nuzul, kita dapati ia adalah dalam dua bentuk atau keadaan, iaitu :

Dimana ia kadang kala dalam bentuk pernyataan yang tegas mengenai sebabnya. Bentuk ini dapat lihat antara contohnya ialah perawi berkata :

v  Sebab Nuzul ayat ini adalah begini  (  سبب النزول ھذه الآية كذا (   

v  Ungkapan yang menunjukan urutan peristiwa selepas disebutkan peristiwa atau pertanyaan, seperti: Menggunakan huruf Fa al-Ta’qibiah, ((ف التعقيبية, iaitu bermaksud maka, yang mana ia dirangkaikan dengan lafaz ‘Turunlah ayat’. Contohnya ialah: ( (فنزلت ھذه الآية Maka diturunkan ayat ini. Antara contoh bentuk ini ialah: Rasulullah telah ditanya tentang sesuatu perkara, maka turunlah ayat ini (أن يسأل رسول الله صلى الله عليه وسلم عن شيء فنزلت ھذه الآية (.

Kedua-dua bentuk seperti tersebut di atas adalah dalam bentuk pernyataan yang jelas dan tegas tentang sebab. Antara dalil ialah :


 Isteri-isterimu adalah (seperti) tanah tempat kamu bercucuk tanam, maka datangilah tanah tempat bercucuk tanaman itu bagaimana saja kamu kehendaki. Dan kerjakanlah (amal yang baik) untuk dirimu dan bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kelak kamu akan menemuiNya. Dan berilah khabar gembira kepada orang yang beriman.
(Surah Al-Baqarah : 223)

Soalan    : Ustaz ASA terangkan yang lain, riwayat dan ungkapan sebab nuzul?
Jawapan : Begini,

Dalam keadaan yang lain yang mana kadang-kadang tidak dalam bentuk pernyataan yang tegas yang membawa maksud ungkapan yang mana kemungkinan atau boleh jadi menerangkan tentang sebab nuzul atau juga hanya sekadar menjelaskan tentang isi kandungan ayat. Di dalam konteks yang lain boleh dibahagikan kepada dua iaitu:

·         Ungkapan tersebut juga kadang kala merupakan sebab nuzul
·         Ungkapan kandungan hukum ayat tersebut.

Contohnya ialah:

          a.         Perawi berkata : Ayat ini diturunkan mengenai hal ini (نزلت ھذه الآية فى كذا).
         b.         Perawi berkata: Aku kira ayat ini diturunkan mengenai perkara ini (حسب ھذه الآية نزلت ﺇلا فى كذا)
          c.         Perawi berkata : Aku tidak menyangka atau tidak mengira ayat ini diturunkan, kecuali mengenai perkara ini (ما أحسب ھذه الآية نزلت ﺇلا فى كذا)


Berdasarkan ungkapan atau lafaz tersebut, perawi tidak dapat memastikan atau tidak dapat menentukan tentang sebab penurunan ayat kerana ungkapan itu berkemungkinan menunjukkan sebab nuzul dan kemungkinan juga menunjukkan hal lain.

Cara mengetahui Asbabun Nuzul

Soalan    : Ustaz ASA, macam mana cara mengetahui Asbabun Nuzul ?
Jawapan : Ianya boleh di kelaskan menjadi dua,

Ø  Mestilah riwayat yang sahih dan pendengaran.

Ø  Tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat.

Soalan    : Ustaz ASA, Bolehkah terangkan secara terperinci cara mengetahui             Asababun Nuzul ?
Jawapan : Boleh,

Untuk mengetahui Sebab Nuzul tidak boleh hanya dengan melalui akal atau pendapat, iaitu Bi al-Ra’yi ((بالرأى, tetapi mestilah dengan riwayat yang sahih dan pendengaran, juga hendaklah mereka itu menyaksikan sendiri ayat itu diturunkan atau pun mereka yang mengetahui sebab-sebabnya dan mengkaji tentangnya terdiri daripada sahabat, tabi’in dan mereka yang bertukus-lumus mengkaji ilmu ini yang terdiri daripada kalangan ulama yang dipercayai.

Untuk itu, ulama Salaf dan ahli Tafsir begitu teliti dan sangat berhati-hati dalam perkara ini, di mana ulama mengetahui Asbab Nuzul dan perkara yang berkaitan dengan sebab penurunan al-Quran dengan melalui riwayat para Tabi’in dan para sahabat atau juga melalui riwayat yang secara sah berasal daripada Nabi.

Apa yang jelas dan pastinya, walaupun dalam setengah keadaan, ulama mengetahui Asbab Nuzul dengan berdasarkan riwayat daripada tabi’in dan sahabat, namun riwayat yang diterima itu bukanlah sebagai pendapat biasa, tetapi ia merupakan riwayat yang marfu’, iaitu riwayat yang berdasarkan kepada Nabi, maka ia dapat diterima sebagai riwayat yang sahih.

Berkaitan dengan pentingnya riwayat yang sah bersandarkan kepada Nabi atau riwayat yang marfu’ itu, adalah untuk diterima sebagai hukum atau sah. Hal tersebut sebagaimana yang dijelaskan oleh al-wahidi: Adalah tidak sah menyatakan sesuatu pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan bersandarkan kepada riwayat yang sah ataupun dengan mendengar sendiri secara langsung daripada mereka yang menyaksikan turunnya ayat, mengetahui sebabnya serta berusaha bersungguh-sungguh untuk menelitinya.

Soalan     : Ustaz ASA ada metodologi tentang ulama salaf ?
Jawapan : Ada, Ini metodologi ulama salaf. Meraka amat berhati-hati mengatakan sesuatu mengenai asbab an nuzul, tanpa pengetahuan yang jelas.

Muhammad bin Sirin mengatakan, “Ketika kutanyakan kepada Ubaidah mengenai satu Al-Quran, dia menjawab, bertakwalah kepada Allah dan berkatalah benar. Orang-orang yang mengetahui apa Al-Quran itu diturunkan telah meninggal semua.”

Kita tidak dapat memahami maksud sebenarnya kalau hanya berdasarkan kepada zahir ayat. Hanya dengan melihat kepada Asbaabun Nuzul barulah kita tahu apa sebenarnya.



Ertinya :
“Dan Allah jus yang memiliki timur dan barat. Maka ke mana sahaja kamu arahkan  dirimu (kiblat sembayang) maka di situlah arah yang diredai Allah.”
(Surah al-Baqarah : 115)

Ulama salaf begitu teliti untuk memperkatakan atau mengeluarkan pendapat berkaitan dengan Asbab Nuzul, kecualilah dengan riwayat dan pengetahuan yang jelas. Hal tersebut dapat dilihat sebagaimana yang dinyatakan oleh Muhammad ibn sirin seorang tokoh ulama besar dari kalangan tabi’in yang meninggal dunia pada tahun 110 H. Beliau berkata: Ketika aku bertanyakan kepada ‘Ubaidah mengenai sebuah ayat al-Quran, maka ‘Ubaidah menjawab: Bertaqwalah kepada Allah, dan berkatalah yang benar. Di mana mereka yang mengetahui tentang al-Quran itu diturunkan semuanya telah meninggal dunia.

Daripada kata-kata ‘Ubaidah tersebut menjelaskan tentang para sahabat yang arif dan mengetahui berkaitan dengan al-Quran dan Asbab Nuzul semuanya telah meninggal dunia, antara lain para sahabat sahaja yang memang mengikut berkaitan dengan Asbab Nuzul. Dari situ juga kita fahmi bahawa pendapat Asbab Nuzul adalah riwayat yang dijadikan pegangan berkaitan dengan Asbab Nuzul adalah riwayat dan ucapan para sahabat yang secara pastinya menunjukkan kepada Asbab Nuzul.

Kita mengkaji sebab turun ayat (Asbaabun Nuzul) baru kita faham bahawa ayat itu diturunkan bagi orang musafir yang hilang arah kiblat.


Ertinya :
“Tidak ada dosa bagi orang-orang yang beriman dan beramal soleh pada apa yang mereka makan dahulu apabila mereka bertakwa dan beriman serta mengerjakan amal mereka tetap bertakwa dan berbuat kebajikan. Sesungguhnya Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan.”
(Surah al-Maidah : 93)

Keadaan lain, Imam al-Suyuti berpendapat bahawa pendapat dan riwayat daripada Tabi’in juga boleh diterima apabila pendapat dan riwayat itu jelas menujukkan Asbab Nuzul, walaupun riwayat itu adalah bertaraf Mursal atau Hadis Mursal. Hal tersebut kerana Imam al-Suyuti berhujah di mana Tabu’in juga merupakan kalangan mereka yang thiqah dan tergolong daripada kalangan mereka yang menerima riwayat daripada para sahabat dan dikenali umum sebagai orang yang teliti dan ahliTafsir. Selain daripada itu tidak mungkin dan tidak munasabah ulama tabi’in yang begitu warak, bertaqwa dan berilmu serta dikenali sebagai orang yang thiqah sanggup melakukan pendustaan terhadap Nabi atau al-Quran. Contohnya antara mereka dari kalangan tabi’in ialah: Mujahid, ‘Ikrimah dan Sa’id Ibn Jubair.