Sheikh Ibnu Taimiyah berkata bahawa
mengetahui asbabun nuzul akan
membantu untuk
memahami ayat Al Quran , kerana ilmu tentang asbabun nuzul
akan membawa kepada
ilmu musabab. Apakah faedah-faedah yang bakal kita perolehi jika kita
mempelajari ilmu asbabun nuzul mari kita sama-sama mempelajari apakah
faedah-faedah mempelajari ilmu asbabun nuzul ini.
Soalan : Apakah jika kita mempelajari ilmu asbabun
nuzul ini kita dapat memahami ayat Al quran dengan sebaiknya?
Jawapan : Ya, memahami ilmu
asbabun nuzul dapat memahami ayat Alquran. Contoh yang boleh diambil adalah
berdasarkan cerita oleh Marwan Ibnu Hakam yang mengalami kesulitan untuk
memahami makna firman Allah:
(Surah Ali Imran
3:188)
Yang bermaksud : “Jangan
sekali-kali engkau menyangka (wahai Muhammad, bahawa) orang-orang yang
bergembira dengan apa yang mereka telah lakukan, dan mereka pula suka dipuji
dengan apa yang mereka tidak lakukan - jangan sekali-kali engkau menyangka
mereka akan terselamat dari seksa, dan mereka pula akan beroleh azab yang tidak
terperi sakitnya”
Bagi memahami ayat ini pembelajaran
tentang ilmu nuzul quran menjadi bantuan bagi mentafsir ayat ini. Ayat tersebut
turun sehubungan dengan persoalan Ahli Kitab (Yahudi) tatkala ditanya sesuatu
persoalan di mana mereka tidak menjawab pertanyaan yang sebenarnya di tanyakan
,mereka mengalihkan kepada persoalan yang lain serta menggangap bahawa
persoalan yang di tanyakan oleh nabi sudah terjawab . Setelah itu mereka
meminta pujian kepada nabi maka turunlah ayat ini(HR Bukhari Muslim).
Dalam riwayat lain ada dikemukan
bahawa Rasulullah pergi berjihad, tinggallah beberapa orang munafik yang tidak
turut serta dalam jihad tersebut dan mereka gembira kerana dapat melakukan
pekerjaan mereka seharian akan tetapi apabila Rasulullah telah kembali dan
membawa khabar gembira mereka meminta maaf dengan memberikan pelbagai alasan
sambil bersumpah dengan harapan perbuatan mereka itu terpuji walaupun tidak
turut serta dalam jihad tersebut.
Soalan : Adakah dengan mempelajari ilmu asbabun
nuzul kita dapat menafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang
benar?
Jawapan : Ya, mempelajari ilmu
asbabun nuzul dapat menafsirkan sesuatu ayat berdasarkan kisah dan cerita yang
benar. Hal ini berdasarkan Surah An Nisa (4:43)
Maksud :”Wahai orang-orang yang beriman,
janganlah kamu hampiri sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan
mabuk, hingga kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan. Dan
janganlah pula (hampiri masjid) sedang kamu dalam keadaan Junub (berhadas
besar) - kecuali kamu hendak melintas sahaja - hingga kamu mandi bersuci. Dan
jika kamu sakit, atau sedang dalam musafir, atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air, atau kamu bersentuh dengan perempuan, kemudian
kamu tidak mendapat air (untuk mandi atau berwuduk), maka hendaklah kamu
bertayamum dengan tanah - debu, yang suci, iaitu sapukanlah ke muka kamu dan
kedua tangan kamu. Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf, lagi Maha Pengampun
Turun disebabkan ada sahabat yang
salah membaca Surah Al Kafirun ketika solat kerana berada dalam keadaan mabuk.
Soalan : Dengan
mempelajari ilmu asbabun nuzul kita dapat mengetahui dengan jelas siapa dan apa
sebab sebenar turunnya ayat. Jika ya, tunjukkan ayat tersebut?
Jawapan : Ya, ini dalilnya,
Surah Al Ahqaaf (46: 17)
Yang bermaksud
: “ Dan (sebaliknya amatlah derhakanya) orang yang berkata kepada kedua ibu
bapanya (ketika mereka mengajaknya beriman): "Ah! Bosan perasaanku
terhadap kamu berdua! Patutkah kamu menjanjikan kepadaku bahawa aku akan
dibangkitkan keluar dari kubur, padahal berbagai umat sebelumku telah berlalu
(masih lagi belum kembali)? " Sambil mendengar kata-katanya itu - ibu
bapanya merayu memohon pertolongan Allah (menyelamatkan anak mereka) serta
berkata (kepada anaknya yang ingkar itu): "Selamatkanlah dirimu!
Berimanlah (tentang hidup semula menerima balasan amal)! Sesungguhnya janji
Allah tetap benar". Lalu ia menjawab (dengan angkuhnya): "Semuanya
itu hanyalah cerita-cerita dongeng orang-orang dahulu kala !
Turun disebabkan oleh Abdur Rahman bin
Abi Bakar as Siddiqi yang ucap perkataan “ah” kepada ibu bapa yang Islam ketika
menyuruh beliau untuk masuk Islam. Akan tetapi beliau melawan malahan menipu
dengan mengatakan tokoh-tokoh Quraisy sudah mati tetapi tidak ada yg masuk
Islam. Pada ayat yang ke 19 Surah Al Ahkaaf ini Allah telah menyatakan bahawa
taubat Abdur Rahman telah diterima. Tidak lama selepas itu Abdur Rahman
tergolong dalam di dalam tokoh Islam yang ternama.
Soalan : Adakah
kita dapat memahami makna syarat di dalam sesuatu ayat yang diturunkan jika
kita memepelajari ilmu asbanun nuzul?
Jawapan : Ya, kita dapat memahami makna syarat
di dalam sesuatu ayat jika kita mempelajari ilmu asbabun nuzul ini. Contoh
dalil adalah seperti yang berikut
Surah At-Thalaq (65:4)
Maksudnya
:”Dan perempuan-perempuan dari kalangan kamu yang putus dari
kedatangan
haid, jika kamu menaruh syak (terhadap tempoh iddah mereka) maka
Iddahnya ialah
3 bulan dan (demikian juga iddah perempuan-perempuan yang tidak berhaid. Dan
perempuan –perempuan mengandung, tempoh iddahnya ialah hingga Mereka melahirkan
anak yang dikandungnya. Dan (ingatlah),sesiapa yang bertakwa kepada Allah
,nescaya Allah memudahkannya segala urusan.
Sebelum
turunnya ayat ini,golongan zhahiriah tidak tahu adalah perlu iddah bagi wanita yang kecil (yang belum haid) dan wanita yang tiada haid
lagi. Maka, turunlah ayat ini yang menjelaskan bahawa waktu iddah bagi mereka ialah
tiga bulan dan bagi yang hamil sehingga telah melahirkan anak. Sebelum ayat ini
diturunkan ada firman Allah dalam surah Al Baqarah 2: (226-237) yang
menceritakan tentang iddah bagi wanita bagi selain yang tertera di dalam ayat
di atas.
Soalan:
Bagaimanakah dengan mempelajari ilmu asbabun nuzul dapat memudahkan para
penghafaz Al Quran untuk menghafaz Al Quran?
Jawapan : Memperkuat keberadaan wahyu dalam ingatan orang yang
mendengarnya jika ia mengetahui sebab turunnya, sebab pertalian antara sebab
dan musabbab, hukum dan peristiwanya, peristiwa dan pelaku, masa dan tempatnya,
semua ini merupakan faktor-faktor yang menyebabkan mantapnya dan terlukisnya
sesuatu dalam ingatan